Sunday 11 January 2009

One Week Story

salam

Baru seminggu sekolah, dah tak sempat2 nak bukak computer. Bukan tak sempat sebenarnya, tapi malas... ngee~

Aku dah buat keputusan ; ambik 12 subjek. PA tak ambik. EST abang aku kata cuba try dulu. kalau rasa tak mampu nanti drop ah. Gitulah..

.............................................................................

Latihan sukan dah start. Aku rumah biru ; Abu Ayub al-Ansori. Pasukan yang tahun lepas actually boleh menang, tapi sukan tara punya pasal, dapatlah no.4. huhuhu. but it's ok, asalkan dapat bersukan, sihat tubuh badan. oklah tu.

Bila dah form 4 ni, terasa macam kena handle adik2 pulak. ye lah, tahun depan kita pulak kena conduct kan. Aku dengan Suria conduct lari. tengok sapa2 yang rasanya layak. Tapi budak2 ni boleh tahan semangat diorang.

..............................................................................

Teringat pula Isnin haritu pergi jalan2 + shoppping di Jusco Bukit Indah dengan Aliya k . Athirah . Hamizah . Nads . best arh! dan buat first time, aku jumpa kedai Shiseido.

Masa makan, aku nampak sorang laki ni. hodoh betul. Rambut dia lagi dasyat dari Phua Chu Kang. warna kuning pulak tu. melambak kan orang camtu? Pelik la manusia zaman sekarang ni. Girlfriend dia tak ke rasa bengang dapat laki gitu!? maybe lagi bangga adelah.

..............................................................................

Orientasi. Alhamdulillah ok lah jugak

..............................................................................

Cerita Hanakimi Special aku dah tengok kat rumah Aliya. Bapak best! aku semangat seh tengok. Yang cerita bersiri tu aku dah lama habis tengok. walaupon cerita tu, yelakan, maybe ada orang kata, ada la babak yang ter'over' sikit. Tapi dia punya lawak memang x boleh handle

Dan pengajaran tetap ada. Aku paling suka ar semangat kawan diorang. So sweet la.

..............................................................................

Oohh, sebelum terlupa! peringatan buat diriku juga

Anda boleh tidur lena dengan kesengsaraan saudara2 kita di bumi suci PALESTIN!!?? Ayuh bangkitlah wahai umat Islam. Boikot segala keluaran Amerika dan Israel. Adakah anda hanya memandang kezaliman Zionis Israel membunuh kanak2 dan wanita yang tidak berdosa tanpa berbuat sesuatu?

Ingatlah, sesungguhnya mereka yang syahid di sana adalah mulia disisi Allah. Bantulah mereka menegakkan kembali kalimah suci. Hulurkan sumbangan! Doa! Qunut Nazilah! Solat hajat! atau apa2lah asalkan kita tidak berdiam diri. hancurkan musuh2 Islam. Ihzimhum!

..............................................................................

Akhir sekali, ku mohon kepada kamu, tolong doakan aku sejahtera dunia akhirat, dielakkan dari bala bencana dan fitnah syaitan durjana.. ameen



Wallahualam

-Kaliber si penggalas misI-

1 comment:

Anonymous said...

salam ziaraah,BIRU menang laa!!takbir!!