Thursday, 29 October 2009

saya masih wujud

.salam.

last log in : february 2009
ramai bilang blog ini sudah berhabuk. haha. mane duster? tolong lapkan bole?

Today is Thursday. 4 days to go. wish me luck in this final exam. I wanna get a job and make some money so that i can fly wherever I want to..
The whole world.. will be mine!!

quite bored. -_-
since 8 months, i'm quite lucky. i thought I've forgotten my password.
well, i'm not sure i'll be istiqomah or not in this blogging. (i think no), haha. berhabuk sekali lagi?

.....

haengbokke cingu!

Saturday, 21 February 2009

Cerita Hari Ini

Salam

Rasa macam tak terbiase plak tulis blog. Lama sangat tak di update. Jadi, sorrylah kalau ayat terlebih skema atau terlebih sempoi...

Lepas kelab tadi, aku dan classmate yang lain stay sekolah. Nak hias kelas. Hasilnya, kalau nak tengok datanglah kelasku 4 Imtithal tingkat 3 hujung skali.

Sekarang aku kat rumah Aliya. Tumpang rumah dia kejap. Malam ni nak pergi masjid BBU. Ceramah pasal Gaza.

kisah lain : terharu seyh. kawan2 aku rindu nak tgk post baru aku.......hua100x...


Wallahualam

-Kaliber si penggalas misI-

Sunday, 1 February 2009

kesekian kalinya

Salam
Menghitung hari, kira2 nak dekat sebulan aku tak bukak internet. Bukan setakat internet, komputer nak sentuh pun susah. Yelah, budak sekolah kan. Tapi orang lain selalu je bkk.. hmm..
Banyak bende nak dikisahkan. Tapi malas nak taip. Takpe, yang penting dah ade shoutbox. Haha, rindu punya shoutbox..
Haritu sukan jumpe k
ak Hajar. Waa, miss her

Tahniah kpd rumah BiRu. no 2 pon jadilah. Takkan selamanya kita asyik dapat nomb 4 je kan, bagi la peluang kat rumah lain pulak.. hehe. anyway, sukan banat pon BiRu 1st kan. iA tahun depan buat yg lebih baik


Wallahualam
-Kaliber si penggalas misI-

Sunday, 11 January 2009

One Week Story

salam

Baru seminggu sekolah, dah tak sempat2 nak bukak computer. Bukan tak sempat sebenarnya, tapi malas... ngee~

Aku dah buat keputusan ; ambik 12 subjek. PA tak ambik. EST abang aku kata cuba try dulu. kalau rasa tak mampu nanti drop ah. Gitulah..

.............................................................................

Latihan sukan dah start. Aku rumah biru ; Abu Ayub al-Ansori. Pasukan yang tahun lepas actually boleh menang, tapi sukan tara punya pasal, dapatlah no.4. huhuhu. but it's ok, asalkan dapat bersukan, sihat tubuh badan. oklah tu.

Bila dah form 4 ni, terasa macam kena handle adik2 pulak. ye lah, tahun depan kita pulak kena conduct kan. Aku dengan Suria conduct lari. tengok sapa2 yang rasanya layak. Tapi budak2 ni boleh tahan semangat diorang.

..............................................................................

Teringat pula Isnin haritu pergi jalan2 + shoppping di Jusco Bukit Indah dengan Aliya k . Athirah . Hamizah . Nads . best arh! dan buat first time, aku jumpa kedai Shiseido.

Masa makan, aku nampak sorang laki ni. hodoh betul. Rambut dia lagi dasyat dari Phua Chu Kang. warna kuning pulak tu. melambak kan orang camtu? Pelik la manusia zaman sekarang ni. Girlfriend dia tak ke rasa bengang dapat laki gitu!? maybe lagi bangga adelah.

..............................................................................

Orientasi. Alhamdulillah ok lah jugak

..............................................................................

Cerita Hanakimi Special aku dah tengok kat rumah Aliya. Bapak best! aku semangat seh tengok. Yang cerita bersiri tu aku dah lama habis tengok. walaupon cerita tu, yelakan, maybe ada orang kata, ada la babak yang ter'over' sikit. Tapi dia punya lawak memang x boleh handle

Dan pengajaran tetap ada. Aku paling suka ar semangat kawan diorang. So sweet la.

..............................................................................

Oohh, sebelum terlupa! peringatan buat diriku juga

Anda boleh tidur lena dengan kesengsaraan saudara2 kita di bumi suci PALESTIN!!?? Ayuh bangkitlah wahai umat Islam. Boikot segala keluaran Amerika dan Israel. Adakah anda hanya memandang kezaliman Zionis Israel membunuh kanak2 dan wanita yang tidak berdosa tanpa berbuat sesuatu?

Ingatlah, sesungguhnya mereka yang syahid di sana adalah mulia disisi Allah. Bantulah mereka menegakkan kembali kalimah suci. Hulurkan sumbangan! Doa! Qunut Nazilah! Solat hajat! atau apa2lah asalkan kita tidak berdiam diri. hancurkan musuh2 Islam. Ihzimhum!

..............................................................................

Akhir sekali, ku mohon kepada kamu, tolong doakan aku sejahtera dunia akhirat, dielakkan dari bala bencana dan fitnah syaitan durjana.. ameen



Wallahualam

-Kaliber si penggalas misI-

Saturday, 3 January 2009

shoutbox hilang...teett

Salam

Yeah, kalau perasan, shoutbox aku takdaq. Aku delete larr. Ade la sebab2 tertentu tu.. ngeh3..
sapa2 yang tau tu, senyap2 je lah ek. Especially YOU!!!.
Aku tak marah eehh…
cool beb.
Kakkoii, yeah!
Absolutely right!
And to Aliya Khair, thanks for all your support… ohohoho, tiboo..




Wallahualam

-Kaliber si penggalas misI-

Awal2 2009

-->
-->
salam


2 January 2009
(heheh, janggal lak tulis 2009)


Aku ke sekolah. Ada majlis hari lahir ke-16 rakan kesayanganku ; Nur Izatur Farhana yang merangkap penolong ketua kelasku suatu masa dahulu... sebenarnya hari lahirnya adalah pada 1 jan, tetapi kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, jadi majlisnya ditangguh pada keesokannya.
Majlis tu kecil2an sahaja. sekadar happy2. kawanku yang datang ; Aliya Adz . Aalia AR . Aliya K . Afiqah . Athirah K . Ili . Nadiyah Syahira . Farhana . Humaira' . Liyana . Najihah . Thanks to Izatur kerana menjamu kami. May Allah bless you always and sweet 16th.

pada jam 12.30 aku bersama Afiqah dan Humaira' balik ke rumah Ili. di rumah Ili aku main game Burger Island (aku dah level jauh.. hoho), berselang-seli membaca novel aA+bB karangan Hlovate. best!...


3 January 2009 (haha.. masih terase janggalnye)
Aku pergi lagi ke sekolah. Sebenarnya nak ikut my brother hantar my sister ade orientasi form 1. skali my brother tu nak tolong gotong-royong kat sekolah. Jadi aku pon tolong la kemas2.
Sambil sedang berjalan2 di hadapan asrama, aku ternampak wajah seseorang yang rase tak berape nak asing la. datang dekat sikit. oo, Syafiyah (tatau ejaan sbnr name dia ) rupenye. Dia merupakan kenalan X-rek nasional 2008 kat CRR hari tu. waaa, salam dengan dia. sambil dengar mak dan ayah dia tanye "sapa tu?". dia jawab "ni kawan X-rek".. waa, bangganya aku diperkenalkan dengan mak dan ayah dia.. (hua2, abaikan!).
Jalan2 sikit kat sekolah, kemudian pergi ke koop. jumpa lagi Syafiyah tu sedang beli2 barang sekolah. dia ade jugakla tanye aku, macam mana pakaian sekolah ni, huhu..

Selain Syafiyah, aku ade juga nampak la seorang banin. Dia pakai baju X-rek jugak. Tapi tak kenalla.. huhu.. abaikan!

balik.
..................................................................................................

Nak amek bio? Atau amek PA drop Bio? Atau amek dua2? Atau lagi senang, amek je sains sosial?
oohh, masih tak boleh berhenti buat solat istikharah. ya Allah, tolonglah!



Wallahualam
-Kaliber si penggalas misI-

Thursday, 1 January 2009

DuaRiBuSemBiLan



Happy New Year
2009


-semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya-
buang yang keruh, ambil yang jernih


shoot for the moon, if you fall, you will land on the star(huh, betul ke ayat nih?)





Wallahualam

-Kaliber si penggalas misI-